Wednesday 13 August 2014

Bogoking

Bunyi cam Korea lak, bogo bogo. Ni la cara Jelita sebut burger, tambah "raja" kat belakang tu jadi apa? Haaaa gitu intro.

Sebenarnya benda ni dah lama I nak cerita, kena pulak dengan time skang boikot memboikot itu ini kan, especially mekdi yang teruk sangat kena hantam... tsk tsk. Sepatutnya kena boikot semua rangkaian fastfood, bukan hak satu tu jer. Pelik la dengan sesetengah orang kita, asal boikot jer badut tu kena, walhal yang lain pun patut kena. Jangan pulak korang ingat I sokong mekdi, tak.. tak... dah lama I boikot semua ni yer.

Begini, selain dari kita tak patut makan fastfood sebab tak elok untuk kesihatan dan penyumbang kepada ekonomi amighika bla bla bla... hari tu dalam beberapa bulan lepas la kat tv ni tunjuk macam mana set set reporter undercover menyelinap masuk ke salah satu franchise bogoking sebagai pekerja dan merakam cara depa operate kitchen ni semua, gempak kot isu ni time tu... so la la bogoking ni duk kalut buat "open kitchen day" la apa semua and that particular branch tutup dengarnya... "franchise" pun kata depa. Tak kisah la, tapi memang geli ah tengok bogoking since kuar undercover. Imagine dengan baju seragam sama tu la dia masak, serve pelanggan dan buang sampah siap lompat masuk dalam tong tu pijak2 sampah, itu antaranya la.

Kesimpulannay disini, tak perlu nak pergi maki hamun kedai and pekerja sana... cukup la dengan kita pulaukan mereka dengan tidak membeli atau mengguna produk berkenaan. In fact pasal bogoking itu hari takder saper pun yang tunjuk protes pegang sepanduk marah2, takder... protes dengan cara boikot jer dah cukup, menggelupur bogoking nak bersihkan imej depa balik skang ni.


Ni jangan I kena saman sebab sebarkan cerita, hamba bagitau yang benar semata.
Jerman adalah antara negara yang rendah kadar korupsi, and selalu kuar kat tv sini pun hal hal berkenaan human's right la hak hak pelanggan etc dan banyak jugak show tentang mematuhi peraturan dan undang2. Haaaa main-main la lagi.

Kami kalau teringin nak makan bogo, ada satu imbiss sebelah Netto serve halal food. Yer, produk makanannya halal depa siap tunjuk lagi paket yang depa guna bila kami tanya (bukan kami minta tengok, kami tanya jer). Tak semua Turkish imbiss serve halal food yer.

14 comments:

  1. dah lama x makan bogoking pun

    ReplyDelete
  2. dah lama tak pi restoran marrybrown start pose hari tu
    baru2 ni nugget pun buat sendiri tiru shiela rusly ketuk2 ramadan
    sebenarnya kita boleh je buat sendiri tapi tak fast,lembab akak ni
    slow food nama dia :)

    ReplyDelete
  3. Lama gak xmkn bogoking...comel je sebut..hehe...betul tu..nk boikot..semualah senngkan..lagipun fast food xbaik utk kesihatan...

    ReplyDelete
  4. Bogoking memang lama dah tak makan. Yang peliknya kenapa la McD yang jadi mangsa. KFC dll tu kenapa tak diboikot.

    ReplyDelete
  5. Puas fikir gak pe ke nama bogoking tu..

    ReplyDelete
  6. haha.. comel sebutan anak-anak ni kan? burger jadi bogo.. macam Nazif cakap, kami semua pula duk mengajuk dia, padahal orang kata kena ajar nak sebut betul sejak awl lagi kan? tapi sebuatnnya macam ocay, abam dan lain-lain tu memang nampak comel sangat..

    ai, kalau diceritakan cara pengendalian diorang macam tu mulalah rasa kembang tekak nak beli.. macam isu bihun hari tu, memang saya kembang tekak nak makan bihun kat kedai smpai sekarang...

    ReplyDelete
  7. aku ni tekak mat saleh..mcm na ni..nak masak makanan mat salleh tak reti..dah mak bapak org melayu..
    apa kata ko turunkan sikit resipi mat saleh..hihi..
    between aku tgah boikot milo, nescafe, nestle dan jonhson.. semua product ni bagus, agak2 ada tak product lain yg sebagus ni..tak dpt boikot semua, mana yg org ramai boikot aku boikot br berkesankan? kalu ko boikot milo, aku boikot nescafe, cik timah boikot mekD, lain2 benda x jd jugak..kita ambil yg majoriti yg memng jelas sumbngan dia nk menghancurkan org islam kita. betul bnyk produk yahudi lain, tp mereka bukan penyumbang...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak, sheila pun tak makan dah since boikot bermula. Pesan dalam diri, boikot cara baik udah ler. nak pergi maki ludah pekerja tu nonsense je. And, yang kerja kat mekdi tu, bolehlah cari kerja halal lain. Bumi Allah ni luas, rezeki ada kat mana2. cuma jangan malas mencari, ye dok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa nak mention, yang kerja2 kat tempat jual barang support israel tu sekali boleh cari job lain. hahahha bukan mekdi semata2...

      Delete
  9. dh lama xmkn mekdi..xpernah mkn bogoking.. haaaa, punyela baik iols ni.. org malaysia ni taksub sgt.. buat flashmob smpi menjahanamkn rete bende.. mendeeeeee la.. setakat boikot dh la..

    ReplyDelete
  10. bogoking..kat kl ni banyak jenis burger kak..lagi sedap dari mc'd pon ado..hehehee..

    ReplyDelete
  11. mmg lama botui tak makan mekdi ni kak. hehehe.

    Sedap je rope JJ sebut bogo hehehehe

    ReplyDelete
  12. SA x mkn fast food...if mkn pun kfc...itupun jsrang sekali....x bape nk minat...

    ReplyDelete
  13. dah lama tak makan bogoking,mekdi,kepsi dan lain2...

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...