Sunday 30 November 2014

Kek Coklat Paling Senang Tahun Ini

Untuk tahun 2014 ni la... kot-kot tahun depan boleh jumpa cara buat kek coklat yang lagi senang chak chak done, other than that microwave cake in a cup thingy I mean (^.°)

Ini lah dia


Credit to 3minutesTV for the simplest, amazingest recipe. Kenapa saya suka sangat this one... suka yang sangat sangat ni... sebab main taram jer pakai satu bekas masukkan semua gaul gaul gaul tak payah nak ngengada pukul manja, masuk oven, siap. Takder nak gelek mengayak pun. Ko taruk jer. Bekas pun hanya satu perlu dibasuh. Hahahaa nampak tak pemalas nya I kat situ. 

*most amazing...prrftttt

I tayang gambar jer... nak resepi sila la ke link I mentioned above. I buat tak ikut sukatan pun menjadik, so kalau u rajin menyukat harus la tip top kejadiannya. Apa lagi, moh la menge-kek. 

Saturday 29 November 2014

Makan Ker Tak Ker?

Sambungan cerita semalam... ha tak habis citer lagi sebenarya. See la the comments pun kan.... lain orang, lain cara nya, dan lain penerimaan badan nya. I meant how the body reacts to some types of food, some ok with it, boleh makan apa jer, some kena pantang betul... and some boleh pantang main-main hehehehe. Takut jugak kang ada yang takmo pantang pasal I cakap boleh jer makan semua, mapuh.

However, I myself pun tak der la hentam makan semua benda. Ada jugak some foods yang I avoid macam bunga kubis, kubis... terung, beans... and banyak lagi.... ha banyak jugak la. Bukan I tak makan langsung, makan jer tapi kuantiti sikit sebab I know these food memang give me gas, japgi ada yang guling2 sakit kembung perut. Owh susu fresh jugak. I pelik la... I ni lactose intolerance ker? Sebab bila sentuh fresh milk or cheese jer perut meragam... tak pernah diagnose myself on food allergik ni tapi tu yang kurang jugak I makan benda2 ni. Dah tu apa jer yang I makan itu tak elok ini tak boleh huhuu. Ala.... telan jer la.

And... for me pantang bukan setakat 30 or 40 or some 60 hari tu jer... pantang I adalah selama I menyusu kan the kids. And my pantang is by eating more hahahahhaa. Eating more good stuff la, even yang I kurang gemar tapi telan jugak demi anak2... macam air kosong and fruits hehehhe. Dan minimakan stuff yang I suka tapi kurang elok untuk budak2 like caffeine, rokok langsung I tak hisap dah... drugs I tak pernah sentuh muahahaha. Sini ganja is legal tau.

Ok berbalik kepada topik... see... saper cakap I tak pantang... heh. And actually kalau nak kira, tak banyak pun yang I perlu cut off my favourite list sbb I ni walau bukan pengamal makanan sihat walafiat, tapi I dari dulu kurang gemar makanan manis or masin, air bergas pun I tak minum, hmmm kopi jer la. Eh jap nak buat kopi.

Sebelum terlupa, suka saya menyatakan kekaguman saya pada mereka yang betul2 pantang cara tradisi which is makan makanan berkhasiat lengkap berbarut dan berurut. Yer... Itu memang I respect. Tapi kalau yang makan ikan kering semata ngan nasi segenggam sebab nak cepat body lawa, itu I tak sokong sebab kesian your baby menyusu apa jer (kepada yang boleh menyusukan babynya la, yang tak boleh tu different story).

Dan jugak kepada yang konon pantang tapi ngada2 request itu ini, eh kau nak pelik2 kau buat la sendiri, takpun kau makan jer la apa yang orang hidang. Nyamfah. I dulu macam ni la masa my mom jaga. hahahaha ok dah.


*Ini bukan entry mengajar cara berpantang.
*Ini bukan entry mengajar cara makan makanan berkhasiat.
*Ini hanyalah entry sembang semberono penulis yang tahpape, mohon jangan sentap.

Friday 28 November 2014

Makan Ker Tak?

Masa kat hospital selepas beranakkan si Tipah, saya stay kat bilik yang kongsi dengan Deutsch lady ni.. juga melahirkan second baby. She is a vegetarian.

Hari tersebut, pihak hospital hidangkan omelette (yesssss, telur) dengan sayur brokoli. Perut memang tengah lapar gila time tu, yer la dah berapa lama langsung tak makan apa kan, sempat teran keluar seorang makhluk manusia lagi... harus la lapar. But first I pandang my roomate looking for her reaction, she appeared as surprised as I was. 

Lalu terpacul dari mulut beliau... 
"Seriously? Broccoli?" 
Hehehehe. According to her, brokoli bisa bikin angin.

Me myself, tak berkata apa just dengan kudrat yang bersisa... cedok makan licin sepinggan. Allahmdulillah... kenyang. Sambil dalam minda membuat perkiraan, "aah kalau perkara yang tidak diingini berlaku, kita salahkan pihak hospital". Nampak tak ambik mudah di situ, atau dari sudut lain, percayakan pihak hospital hehehe. Heiiii I was starving ok. Bagus jugak dorang bagi omelette, kalau bagi "hat lain"... Insya Allah takkan ku telan.

Selepas itu, sang suami datang menziarah dan beliau dengan seikhlas hati membawa bersama buah anggur untuk si isteri nya ni, maklum la summer... tengah panas ketok time tu.. untuk hilangkan dahaga kata beliau. Me not a fan of anggur, so I tak jamah pun... just biar jer situ kot-kot satgi terbuka nafsu nak makan.

Kebetulan juga nurse yang agak senior datang tinjau tanya if we need anything and ternampak anggur atas meja... lalu beliau.
"Oh I won't recommend u grapes... other fruits but grapes". 

 Kisah benar. The end.

Moral of the story: In our case yang macam Pak Pandir dan Mak Andeh ni... Just eat whatever u want, selagi tak mudarat.

Nak buh gambar apa ek sebagai penghias mukasurat? Jap nak cari....

Tada.... tak berkenaan topik, just Jijah being Jijah terlentok tidur tengah main lego. 



*U can either be "ngengada" OR "pemalas", not both.... please.
*Apa? Tak paham cerita? Just enjoy the ketidakfahamanmu itu.... tak penting pun cerita ni.

Thursday 27 November 2014

Weihnachtsmarkt Pertama Si Jijah dan Tipah (warning: banyak gambar)

Dua hari lepas berjaya bawa dua beradik ni ke Krismas Market yang depan rumah, pergi awal sebelum gelap supaya senang nak kawal berdua ni, dan sebelum ramai orang. 
Nah layanssss semua gamabr I taruk tak koser nak pilih satu persatu muahaha. 


























Nextweek gonna be minus degrees, dah cakap kat bapak bebudak ni I takkan keluar rumah lagi, unless snowing hahahaha. Dah alang2 sejuk, biar gigil terus. 

Wednesday 26 November 2014

Gaduh

Ok, tarik nafas dulu..... tahan...... tahan....... tahan sikit lagi... dah biru muka, push! eh hembus. Itu baru tahan nafas, kalau beranak lagi worse. Tapi itu yang buat kita sayang sangat kat anak-anak kita kan, separuh mati wei nak teran keluar sekor2 huhuhu.

Ok dah intro.

Ni pasal si Jijah bertumbuk kat Kita ni. Ok sebelum tu, let me clarify yang entry ini mungkin akan ada sedikit unsur perkauman, which I wanted to avoid the most... tu yang payah nak citer ni. Also.. a little bit about Jijah. Seperti mana yang I cerita pasal dia selama ni kat sini, all is true, thats who she is, thats how she is. Dia baik, dia manja, dia sangat sopan santun... pijak semut pun semut gelak. muahahaha tipu. Dia sebenarnya agak degil, melawan, very strong willed, sangat independent and defensive. Omg she is sangat sangat defensive, not only untuk diri sendiri, tapi kawan2 dia pun dia defend sama. So kalau anak u kawan ngan dia, worry not she will really take a good care of them. Amboii melambung puji anak. Eh yer la... anak sendiri. Seburuk2 mana pun anak kita.. like my nenek says.. "Tahi pada orang, raja pada kita". Faham tak maksud nya?

Berbalik pada topik. Ada la sorang budak ni baru masuk Kita tempat Jijah for a couple of weeks now.  Baru sangat lagi la. Should I mention his race? Can I? Ok abaikan walau ia agak penting. So... selama ni I tau macam mana Jijah kalau main ngan kawan2 dia, kalau ngan gang lelaki dia pun sama naik tocang bergusti berguling.. memang jantan habis. Its ok la, kita faham la sama2 main kan, everybody is having fun walau lebam berdarah, U yang nak main.. so u jangan nangis manja kededek.

Eventually dia berkawan rapat dengan Helin, which I sangat2 happy sebab dia pun mula jadi gigirl sikit... main pun sopan-sopan takder la bergusti bergomol manjang. But then tetiba tadi pagi masa I hantar dia, this one mother told me the kids (Jijah and that new boy) bergaduh teruk semalam.. seteruk mana I tak tahu tapi yang penting dorang cakap "not good".

So I tanya la Jijah kenapa, mengapa... bertumbuk macam tu sebab dia langsung tak cerita apa2 balik semalam, siap kami pergi fanfei lagi happy dia naik merry go round. Then tadi on the spot I tanya dia, tak marah tapi curious la kan kenapa boleh bertumbuk macam tu sekali, dia diam. Mak kawan dia tu dah cakap dah bukan Jijah yang mula. Tak tahu la kot2 nak sedapkan hati I ker apa, tapi honestly setakat ni mana pernah berlaku kan, so logik jugak. And that mother pun macam worry jugak muka dia... ha ni yang mula nak masuk unsur perkauman ni. All we can conclude is, payah nak deal dengan bangsa yang "agresif" ni. In fact kat level jijah sekarang ni, that new boy is alone, all his members tak lepas naik, yakni kena ke kelas berasingan sebab mereka terlalu agresif. Ok anak mat salleh, asian pun ada kat kelas peralihan tu, tapi mostly orang dia la. Omg I sound sooo terrible here. Ok better stop now.

The thing now is, how should I confront Jelita without making her feel bad, and dalam masa yang sama nak dia feel bad jugak. Hahahaha saiko kan mak Jijah?

Nah gambar budak yang sopan-santun lemah gemalai itu. Tak sangka eh pandai bertumbuk? Sila jangan tak percaya. 

Mata Bagasi

Berat semakin turun... mata semakin berbagasi... 


*Poyo pompuan ni duk cakap pasal turun berat. Mung dok tahu payahnya aku nak tambah berat tau dak, mung ingat best kurus keding macam cicak kubing? Ha kan dah emo. muahahhaa ok chill yer saja tayang muka terbarubanguntidur :p

*owh yesss I wake up looking gorgeous like that (°.^) gooooojes sangat. 

*Jijah bertumbuk dengan Godpower kat Kita. Nanti kita cerita pasal tu. 

Tuesday 25 November 2014

Makan Makan Makan Mangan

Takmo citer banyak, kali ni nak tunjuk makan-makan jer. Nah. 

Fenchel aka fennel (yang warna putih) salad. I mix kan dengan red turnips and lime, rasa sangat fresh and this actually best to eat during summer. 


Kuih keria ala donut, pasainya I malas nak sira-menyira gula.


Homemade burger patty, tak susah langsung just bubuh whatever rempah pilihan, like my case... salt and pepper sahaja. 


Stuffed pepper... juga sangat senang, gaulkan minced beef dengan secawan beras and masukkan dalam pepper yang dah dibersihkan ni. Rebus dengan sesudu tomato puri and paprika powder sikit, salt pepper. Air rebusan tu jadi sup jugak hirup panas-panas memans sedap. 


Cucur badak... since Tiffany start solids I selalu la beli keledek, kebetulan ada banyak jual kat kedai sekarang. 


My nasi kerabu lengkap dengan solok lada and telur asin (tiada dalam gambar) dengan ayam goreng kunyit lagi tu. Lama dah buat yang ini. 


Kaskas roll.. macam cinnamon roll but I letak poppy seeds instead. Kaskas la kan kita panggil bijian ni kan? Memagn best tidur lepas pekena roti ni hehehe. 


I buat dalca makan dengan roti paratha produk Singapore ni..sedap. Goreng peria ala kedai mamak juga... sedap walau guna peria dari tin. Ada hat fresh tapi since mahal and I tak pasti bila mood nak mengari datang... so better beli yang canned. 

Saturday 22 November 2014

Tentang Stroller dan Perasaan

Nak cerita pasal stroller ni. Bukan review or whatsoever... but more to perasaan seorang ibu yang seperti tidak boleh menerima hakikat anak-anak nya semakin membesar... too fast. 


Sleep like a boss

Stroller si Tipah ni adalah berjenama ABC Design 6S Turbo .. haa siap dengan modelnya kauuu. I dont think jenis ni ada kat Malaysia, and I myself won't recommend this untuk kegunaan di sana sebab... tak mesra lipatan. Hahaha what I meant is susah nak lipat masuk kereta. Almaklum la... kegunaan stroller kat Malaysia ni mostly untuk menjelajah shopping mall or pergi makan-makan kan... keluar umah-lipat stroller-masuk keta-sampai parking-buka-letak anak-sorong-duduk-makan-lipat anak... ehh. Itu ai (",)

Kat sini pulak... kami menggunakan stroller itself sebagai kenderaan. Keluar umah, berjalan turun naik pengangkutan awam semua dengan stroller ni. U can see on the streets so ramai pejalan2 kaki berlumba-lumba berstroller, turun naik tangga usung stroller laki bini or sometimes bini jer... naik bas or tren semua pun tolak stroller. U will be like... "ramainya orang buat anak kat Jerman (and some other countries) ni" hihihi sebab banyak sangat stroller kat jalan kan. 

ABC Design ni adalah antara stroller yang hot kat sini.. dia anjal, ada spring so baby u sleep like a boss sebab tak terasa dentuman or hentakan bila maknya terlanggar pokok or terlompat bumper. I cakap hot brand sebab kat jalanan u can see at least 3 of this kind out of 5 strollers. 

Sleep like a "Hajjah". Tah kenapa tengok dia macam ni, nampak macam mak mak aji pulak... Insya Allah U'll be one suatu hari nanti yer. 

With baby basket she will just baring and tak nampak persekitaran sangat, cant really enjoy the outing.. so since dia pun dah strong can hold her head up and paling utama, dah panjang sangat kadang terhantuk kepala... kita pun keluarkan baby basket tu, that shows she is not newborn anymore huhuhu. My baby dah besar. It was like a "pang" on my face...  I rasa berat hati sangat to admit that she is not so little anymore. 

Ini lah kegunaan baby basket tersebut sekarang... 

bila letak dalam ni ngadap cermin, sempat la mama goreng telur mata kicap cili sebutir dua... makan ngan nasi kosong tak pandang kiri kanan. Nak tambah goreng lagi pun sempat ni ha. 


Ini Jijah just couple of months older than Tipah sekarang, sedang memanjat stroller beliau yang berjenama Chicco yang sekarang selamat di dalam stor.. still elok cuma tercela di satu dua tempat, nak bagi orang macam tak semengah jer nak dibuang pulak sayang. 

Kenapa Tipah tak guna jer yang ini? Sebab tkder baby basket I tinggal kat Malaysia, pastu kalau nak beli baby basket yang baru, better beli satu set terus yang baru... lagipun kesian Tipah kan, mentang2 la dia adik, takkan semua nak sekeheng kakaknya. 

Yang Chicco ni I sangat rekemen untuk Malaysian yang suka lipat masuk stroller dalam kereta sebab satu tangan jer guna sambil dukung anak boleh buat. And ia sangat tahan lasak... ni kalau ada meter ni.. beribu ribu kilometer dah angka nya, and still utuh.

*Tengok la Jijah tu... rasa macam baru jer semalam I jerit2 kat dia jangan memanjat.. tekak pun perit lagi ni ha.. tup tup dah besar panjang dah dia.

Nah lagi sekali Jijah yang sekarang


Thursday 20 November 2014

Tanglung di Berlin (warning: banyak gambar)

Semalam temankan si Jijah berarak dengan tanglung, one of her Kita's activity sempena Lanternfest. Nah layan gambar (sila klik untuk tumbesaran). 

Jijah with her bestie Helin, itu adik beliau Lulu. Jam 4pm tapi dah gelap, sejuk pulak tu baru lepas ujan.


Ini pulak adik Jijah iaitu Tipah yang sentiasa excited asalkan dapat keluar tak terperap kat umah.. sejuk la wei brrr. 


Cikgu-cikgu Jijah menghulurkan minuman koko panas dan bretzel. Kami chow pergi kafe yang tak jauh dari situ, tak tahan sejuk... dalam Kita tu dah crowded sangat.


Polis untuk membantu pantau lalulintas pun dah ada...kereta nya harus lah menjadi tumpuan kekanak. 


Termasuk si Jijah tu ha. Amboi... model tanglung ker?  


Tetiba Jijah hilang, intai punya intai...

Nah tu dia. Dah kat dalam... syok tumpang keta Polizei? 


Hampir jam 5pm, ibu bapa semakin ramai berkumpul. Memang agenda acara start jam 5pm la, and dorang kat sini sangat punctual.. kalau kat Malaysia ni, pukul 6 pun tah kemana hala lagi ni. opsss


Payah betul nak snap gambar dia, dah la I nak jaga Tipah lagi. Owh bapak dia masih bekerja yer di waktu itu... demi sesuap nasik lemak. 


Belum apa-apa dia dah start "lawan pedang" pakai tanglung dia tu. Lantak kau la Jijah, rosak kang jangan nak minta baru. 


Acara bermula dengan alunan muzik. Ramai tau... beratus jugak la yang hadir. Yer la sorang budak jer dah ditemani mak bapak.. adik abang turut sama. Meriah. 


Perarakan pun bermula. Kebetulan kami antara barisan hadapan diketuai Jijah dan rakan-rakan. Ya Allah berlari tak ingat dunia depa ni. Suara I jer boleh dengar duk jerit "Jijjahhhh Jijjaaaaaaah jangan kau lari tinggalkan mak kau ni naaaaaaaak. Ke mari kau nakkkkkkk". Hampir gila I panggil dia tau. And lucky that couple depan I (dalam gambar ni) yang merupakan parents to Jeremy, one of Jijah's close friend tolong jaga, tengokkan dia. I memang tak terkejar dah. 


Tipah apa lagi... berselimut sedap sejuk-sejuk ni.. layan tidur lagi best. 


Tak jauh pun berarak.. pusing area Kita cum rumah kami ni seround jer, berkumpul balik depan Kita untuk acara penutup layan band lagi sekali. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...