Friday 14 August 2015

Makan Gitu Jer Ker

Panas betul ini hari, 35degrees. Macam biasa kami bersiap pack some fruits and roti bawak makan sambil main air kat depan umah. Main elok dalam suku jam, tetiba Si Jelita datang berlari bagitau dia nak berak.. huk alooooh.. terpaksa gulung balik segala tikar tak sempat buka pun bekal. Tak kuasa la nak turun balik pas "urusan" Jelita tu kan. 


Tipah pasrah jer makan bekal kat dapur

Sedap sangat la makan timun cina (tembikai) time panas-panas ni, tapi kan.. I tak suka jus tembikai, pelik la rasa dia, geli-geli jer tekak macam berpasir berserdak. Tapi buahnya ngap gitu jer I suka sangat. Now think of it, pisang pulak I tak berapa gemar makan mentah lagu tu, mesti nak kena masak-masak buat pengat ker, sira ker.. lepat kek eh segala macam la boleh buat. 

Durian pulak, musim lagi ker sana? Durian.. semua I pulun, baik dari segi buah mentah mahupun masak-masak. U guys canner? Prefer buah "mentah" lagu tu jer ker atau dimasak-masak? 

21 comments:

  1. Kakak ni kalau buah-buah lebih suka makan raw. tapi kalau macam pisang nipah/tanduk kalau goreng lagi sedap kan:)

    Musim durian di M'sia ni Nas aduhai melambak-lambak sana-sini tau. Sampai open house syawal ni rata-rata ada durian.

    Adik pun tahu menikmati melon tu kan. Sedapnyaaaa:)

    ReplyDelete
  2. Jus tembikai sedap. . Pisang tu serupa Kakak Zakie. . Sedap digoreng ..kalau pisang nangka dah terlebih matang makan mentah pun sodap. . Tipah enjoy buah - buahan tempatan ya..

    ReplyDelete
  3. jus tembikai tu feveret iols.. yg pisang tu lak kite terbalik.. lbh suka mkn pisang gitu je.. klu pengat ke, sira ke, lepat ke, kureng ckit.. durian lak mkn semua kecuali tempoyak..

    ReplyDelete
  4. Durian musim lagi...tp gerai dekat sini kena tutup majlis plak sbb ganggu lalu lintas katanye...melepas nak makan, kena cari tempat lain.

    ReplyDelete
  5. kalau saya, dua dua boleh telan - mentah & masak :)

    ReplyDelete
  6. dua-dua keen makan sebab semuanya sedap.. ^_^

    ReplyDelete
  7. Sama lahhh, xsuke air timinu cina tu. Pelik giler rasa. Xbesh langsung kannn!

    ReplyDelete
  8. alahai adik tipah dh besar..
    mama anak beranak sihat ?
    lama x mai jengguk uols :)

    tmbikai suka buat jus.last year msa ngandung pulun sungguh.

    pisang lagi suka goreng.cicah sambal kicap. hihi
    yg sira ka lepat ka kureng.ayh rania suka la lagu tu.

    droyan lagi la. makan acah acah gitu je. x suka baunya kuat sgt la.a'aa tgh meroyan droyan skrg ni.

    ReplyDelete
  9. tipah dah besar la.. hahahaha.. cepatnya perkembangan tumbersaran beliau..!

    ReplyDelete
  10. ai pun prefer makan lagu tu jer... tak kira buah apa... even tomato sekali pun... Tomato alau dah buat masak ai tak boleh telan... tapi kalau yg mentah boleh jer makan berbiji biji... hehehe
    Sama juga mcm carrot... sedap makan gitu jer... kalau letak dalam tomyam, rasa dah hilang rasa kick karrot tu...

    You, skrang ni musim durian... pagi petang siang malam duk bedal makan durian.. nikmatnya rasa...

    ReplyDelete
  11. anak kenit kita kalau makan tembikai, malam mesti semput, huhu

    ReplyDelete
  12. tembikai di musim panas ni memang awesome la sangat.
    durian tengah melambak lagi di kelate ni.jom balik masuk dusun terjah durian.kikiki...

    ReplyDelete
  13. semua boleh telan...masak boleh mentah pun boleh..

    ReplyDelete
  14. mentah, kecuali cempedak y blh mkn sikit je kalau mentah.

    ReplyDelete
  15. eka semua eka makan. mentah cam cempedak tu seulas dua boleh lagi. buah lain eka sangat suka. lagi2 buah oren sunkist. hehehehe

    ReplyDelete
  16. pulut doyan sedak weyh....ahad lepas berkumpul adik beradik buat pulut doyan..habis haa celup tangan..tapi mmg best,...nak nak makan reramai..

    cekci lah cik tipah tuh...hehehe

    ReplyDelete
  17. Jus tembikai sama le. Saya tak suka. Suka makan buah fresh. Pisang ke durian ke nangka, cempedak belaka semer saya suka sama ada yg masak atau mentah. Mentekedarah sangat haku hokey.

    ReplyDelete
  18. Saya tak kisah. Masak boleh mentah pon bedal jugak. Macam buah cempedak tu. Tapi kalau pisang tgk pisang jugak lah.

    ReplyDelete
  19. kalau durian makan mentah dan buat pulut durian akak bedal jek..

    jus tembikai i loike...walapon memng rasa macam berpasir kan tapi taram je hehe

    ReplyDelete
  20. Kalau bab buah-buahan saya hentam je, masak boleh raw pun boleh.

    Cume terpele'ot sikit tang petai. Tak lalu nak makan yg raw punya.

    Masuk tak dlm hal ehwal buah petai tu?

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...